MENGENAI KAMI

Kami sekumpulan rakyat Malaysia dengan kenangan indah kampong halaman kami. Selepas menghabiskan banyak tahun di luar negeri dan pulang ke kampong halaman kami, persamaan ketara antara kami ialah makanan. Makanan penjaja kami! Apakah lagi yang ketara antara kita jika bukan makanan? Jadi kami bertemu di Seremban dan idea LS Square dilahirkan. Pada suatu masa dahulu, Jalan Lee Sum merupakan antara tempat yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan sebagai tempat untuk bertemu dan berbincang selain daripada tempat makan. Dan kini, kita mempunyai LS Square; membawa nostalgia masa lalu hingga kini.

Untuk melaksanakan hasrat ini, kami telah membawa tukang masak yang terlatih di peringkat antarabangsa dari Pulau Pinang yang menjanjikan hidangan yang cukup menyelerakan dan menepati citarasa anda. Chef Wee telah dilatih di Shangri-La Penang di mana beliau telah bekerja di sana selama 17 tahun. Beliau memulakan kerjayanya dalam industri pemakanan sejak 1993 lagi sebelum kemudiannya dinobatkan sebagai tukang masak eksekutif. Sebelum beliau berada di LS Square, beliau telah berkhidmat di salah satu resort terkemuka di Filipina selama 3.5 tahun sebagai sous chef (iaitu tukang masak nombor 2 selepas tukang masak eksekutif) yang memberi layanan kepada pelanggan VIP antarabangsa.

MISI KAMI

Untuk menyediakan tempat untuk komuniti berkumpul makan makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan dan dalam persekitaran yang bersih and selesa, menafaatkan teknologi canggih untuk meyampaikan perkhidmatan kemudahan and berkualiti.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Kami bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti di mana kami berkhidmat

SERTAI KAMI

Kami sentiasa mencari anda untuk berkhidmat bersama kami dalam mengembangkan lagi misi kami dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami

HUBUNGI KAMI

Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan maklum balas daripada anda. Anda juga boleh memberi sebarang cadangan untuk kami membaik pulih lagi servis kami. Dan sekiranya ada yang tidak memuaskan tentang servis kami, anda juga dialu-alukan untuk membuat maklum balas. Kami berharap dapat mengubah servis kami bertepatan dengan citarasa anda dan seterusnya dapat memberi khidmat yang lebih baik lagi buat anda.

Anda boleh menulis kepada:

LS Square,
Tingkat 1, No. 6, Lorong Rahang 1,
Off Jalan Rahang,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel:+606-6019333
Email : [email protected]